Monday, March 29, 2010

Kini Kembali

   Segala puji yang tidak terhingga buat Sang Pencipta dan yang Maha Segala2nya bagi hambaNya yang kerdil ini. Tidak dilupakan juga buat kekasih Allah,junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah meninggalkan kita dengan ajarannya yang tidak terhingga.

   Setelah sekian lama halaman ini dibiarkan terkapai-kapai mencari pengisian oleh tuannya yang sentiasa tidak berpeluang mengisi kekosongan tersebut. Akhirnya,di saat ini tuannya kembali berbicara tanpa berwasilahkan lisan namun hanya jemari yang menari dengan penuh irama. Pastinya ramai pengunjung ke halaman ini tertanya2 apa yang dilakukan Pena hingga tidak sempat memenuhi kekosongan halaman ini. Baiklah,sebenarnya Pena bukan tidak ingin mengaktifkan halaman ini namun disebabkan kemudahan yang terbatas dan masa yang sentiasa kekurangan untuk melaksanakan kewajipan lain maka Pena lebih meng'aulakan tugasan lain yang tidak menggunakan IT sebagai medium dakwah.

   Sebenarnya Pena ingin menyebut sedikit berkenaan dengan pandangan mata dalam bermuamalat. Pernah suatu hari sahabat Pena ditegur seorang ikhwah yang berada 1 tanzim dengan Pena berkenaan pandangan mata ketika bermusyawarah. Dia mengatakan pada mulanya dia respect apabila first time dalam mesyuarat dia melihat seorang akhawat tidak pernah mengangkat pandangan matanya ke arah ikhwah,tetapi setelah lama kelamaan dia perhatikan rasa hormatnya kepada akhawat tersebut kian pudar kerana penjagaan matanya yang berkurangan.

  Cuba teman-teman bayangkan keadaan akhawat tersebut bila mana seorang ikhwah menegurnya tanpa usul periksa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya,malu bercampur sedih. Pada hemat Pena, tidak sepatutnya ikhwah itu menegurnya sedemikian rupa kerana dalam bab muamalat ada membincangkan hal ini. Allah perintahkan kita agar membatasi penglihatan mata sesama ajnabi sekiranya penglihatan itu tanpa sebarang tujuan ataupun dengan bersyahwat. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi,

( قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن )


Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.

Sabda Rasulullah saw :

يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة

Maksudnya: Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).

   Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan ( الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu[R1] ”.

   Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

   Yang difahami dari ayat ini,pandangan mata yang ditegah ialah bila mana pandangan tersebut boleh membawa kepada penzinaan. Namun,dalam konteks bermusyawarah Islam mengharuskan melihat nonmuhrim berdasarkan keperluan tertentu. Pena tidaklah ingin menyalahkan ikhwah tersebut tetapi sebagai yang mempelajari ilmu agama secara mendalam seharusnya dia menggunakan uslub terbaik bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Ada betulnya juga apa yang ditegur ikhwah tersebut. Mungkin jika sekiranya akhawat itu tidak ditegur,alamatnya belum tentu dia akan tersedar dari kelalaiannya.  

  Di sini sukalah Pena untuk membuka perbincangan dengan sahabat-sahabat berkenaan dengan permasalahan ini. Sebenarnya Pena tidaklah arif berhubung masalah ini hanya sekadar pengetahuan secara am sahaja la khususiah. Akhirnya,kemaafan dipinta andai tersalah memberi maklumat atau apa-apa sahaja kesalahan.

1 comment:

  1. terbaik bagi pandangan pena itu,.,.cume pada mase sekarang,tidak ramai dikalangan org yg mempelajari agama itu mampu menggunakan uslub yg baik ketika di dalam petuturan,.,.,bagi pendapat sy sendiri,kadang2 kite kene terima teguran seseorang itu dengan hati yg terbuka biarpun care teguran itu dengan cara yg salah sekalipun, yang penting kite ambik point teguran itu ntk kita bermuhasabah diri kite,.,.,adalakanya kita merasakannya teguran itu melampau bagi kite tapi tuhan lebih mengetahui mengapa DIA menggerakkan hati seseorang itu ntk menjadi 'wakil' bagi menegur kita dengan cara berkenaan dan berkenaan dengan care teguran itu mungkin dek kerana diri kite yang sebenarnya adalah sepatutnya ditegur begitu kerana semua kejadian itu berpunca dari Allah s.w.t.

    Pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

    Sekadar pandangan,.,., :)

    ReplyDelete