Sunday, October 18, 2009

Alfu Mabruk 'Alaiha

Tahniah diucapkan buat temanku Nor Radhiah Mohamad dan jantung hatinya Zulkhairi yang telah berjaya melaksanakan salah satu sunnah Nabi dan mendirikan masjid. Didoakan moga kalian berdua bahagia selalu dan sentiasa diberkati Ilahi hendakNya. Monolog diri ini sendirian,agak2nya siapalah yang bakal menuruti jejak temanku ini..huhhuhu..Dalam sof kami,dialah orang pertama yang telah b'kahwin. Kira-kira pembuka kepada teman2 yang lain.Semasa memenuhi jemputan walimahnya, saat melihat temanku itu ntah kenapa perasaan tidak percaya bahawasanya temanku telah pun dimiliki. Ape taknya,kami masih sama2 belajar dan terasa masih terlalu awal bagiku. Namun,tidak bagi yang lain kerana mereka telah mencapai usia yang sepatutnya. Oklah,'ala kulli hal bahagia sangat kerana amalan yang sungguh mulia ini telah temanku tunaikan maka dengan itu tertutuplah salah satu jalan bagi syaitan untuk menggoda temanku ini ke arah kemaksiatan. Moga2 yang lain pun cepat2lah tutup ruang untuk digoda ea..betul tak?huuhuhuh...

Monday, October 12, 2009

Seminar Gerakan Islam

Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMKUDQI) akan menganjurkan sebuah Seminar Gerakan Islam bertujuan menyatukan matlamat dan hala tuju di kalangan ahli jemaah, mahasiswa dan siswa yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Seminar tersebut bakal dilangsungkan seperti berikut :

Tarikh   : 24 Oktober 2009
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Utama Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah ( KUDQI )
Sasaran : Semua jemaah Islam dan mahasiswa Terengganu

Ucaptama oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS )     

Antara Pembentang Kertas Kerja :
Al-Fadhil Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
Al-Fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah
Al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi

Penutup oleh :
Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat)

Yuran Pendaftaran :
Pelajar RM20.00
Dewasa RM40.00

InsyaAllah,kupon pendaftaran juga boleh didapati di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu pada 17 Oktober 2009 bertempat di Kubang Lembek.

Sebarang maklumat lanjut & pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Mohd Khair Shamsuddin (014-5077281)