
Nama Produk : DR Sukida Nano Energy Water Filtration System
Harga unit : RM 1,980.00
Untuk keterangan lanjut,bolehlah menghantar email di alamat nasriina_dulcet@yahoo.com
Tahniah diucapkan buat temanku Nor Radhiah Mohamad dan jantung hatinya Zulkhairi yang telah berjaya melaksanakan salah satu sunnah Nabi dan mendirikan masjid. Didoakan moga kalian berdua bahagia selalu dan sentiasa diberkati Ilahi hendakNya. Monolog diri ini sendirian,agak2nya siapalah yang bakal menuruti jejak temanku ini..huhhuhu..Dalam sof kami,dialah orang pertama yang telah b'kahwin. Kira-kira pembuka kepada teman2 yang lain.Semasa memenuhi jemputan walimahnya, saat melihat temanku itu ntah kenapa perasaan tidak percaya bahawasanya temanku telah pun dimiliki. Ape taknya,kami masih sama2 belajar dan terasa masih terlalu awal bagiku. Namun,tidak bagi yang lain kerana mereka telah mencapai usia yang sepatutnya. Oklah,'ala kulli hal bahagia sangat kerana amalan yang sungguh mulia ini telah temanku tunaikan maka dengan itu tertutuplah salah satu jalan bagi syaitan untuk menggoda temanku ini ke arah kemaksiatan. Moga2 yang lain pun cepat2lah tutup ruang untuk digoda ea..betul tak?huuhuhuh...
Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:
“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]
Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas.
Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.
Apakah tujuannya semua itu?
Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.
“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.
Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.
Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.
Iaitulah soal HATI!
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”
Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?
Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.
Mulut kalian tidak menyebut.
Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.
Tubuh kamu tidak menampakkan calar.
Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.
Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.
Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.
Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!
Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
" Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi,harta samun dan sebagainya,dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga,dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama".
Pasti sidang pembaca hairan melihat tajuk yang telah saya utarakan (Kejar Dunia Untuk Akhirat),tapi sekiranya kalian memahami hadis di atas pasti tidak hairan. Hadis tersebut mengajak kita mencari rezeki di atas muka bumi yang sementara dan melalaikan penghuni di dalamnya dengan cara yang telah disyariatkan. Tidak mengapa sekiranya kita ingin mengejar kenikmatan dunia namun hendaklah disertakan dengan niat yang suci iaitu lillahi Ta'ala dan ke arah kebaikan.
Kalau dilihat dari sudut kezuhudan ( kesederhanaan hidup ) sebenarnya juga tidak salah untuk kita menghimpun harta selagi harta tersebut dimanfaatkan dengan sebaiknya umpama memberi sedekah kepada yang memerlukan,menyumbangkan harta tersebut pada jalan Allah dan banyak lagi. Pernah suatu ketika dahulu seorang insan yang sentiasa ingin mencari ilmu bertemu dengan seorang guru yang dikatakan terlalu zuhud. Dengan perasaan berkobar-kobar beliau pergi berjumpa sheikh tersebut. Sesampainya beliau di depan pintu bait sheikh tersebut didapatinya sheikh yang dikatakan zuhud itu tampil dengan penampilan yang amat memeranjatkan. Pada fahaman beliau,seseorang yang zuhud tentunya berpakaian yang compang-camping. Oleh kerana beliau berfahaman sedemikian,perasaan terkejut dipamerkan sebaik melihat kelibat sheikh tersebut yang berpenampilan cukup mewah. Beliau tidak percaya dengan apa yang diperkatakan orang bahawa sheikh tersebut seorang yang zuhud,lalu beliau pulang dan mendapatkan kepastian. Setelah diterangkan hakikat zuhud yang sebenar,barulah beliau faham bahawa zuhud bukanlah meninggalkan segala-galanya sehingga mendatangkan mudharat. Hakikat zuhud yang sebenarnya ialah tidak terpedaya dengan harta dunia bahkan harta yang diperolehi disalurkan pada jalan yang sebenarnya. Itulah sebenarnya yang telah dilakukan oleh sheikh tersebut.
Bukan seperti yang berlaku kini,timbul haru-biru di kalangan orang ibadah tentang maksud zuhud. Ada antara ahli-ahli ibadah yang menyempitkan fahaman zuhud sehingga mereka berpendapat seolah-olah zuhud yang dituntut oleh Islam ialah membuang terus keperluan dunia dan menganggap segala yang ada dalam masyarakat hari ini sebagai dosa-dosa yang perlu dihindarkan. Ada ahli ibadah yang berhenti bekerja daripada jawatan yang tinggi, memberhentikan persekolahan anak-anak, mengahwinkan anak-anak gadis yang masih ingin belajar dan masih dalam usia belasan tahun dan lain-lain. Mereka menganggap hanya berzikir, membaca Al Quran, mendirikan solat itu sahaja ibadah yang paling dituntut, manakala erti kehidupan zuhud itu dimaksudkan sebagai hidup semiskin-miskinnya.
Allah telah mencipta dunia dengan terkandung di dalamnya faedah dan terkandung juga keburukan untuk menguji hambaNya. Jika kita pandai menggunakan nikmat yang Allah kurniakan pada kita dengan sebaiknya maka ganjaran yang baik menantinya di akhirat kelak. Mengapa perlu mencipta alasan untuk kita melakukan maksiat seperti mencuri,melibatkan diri dalam rasuah dan sebagainya hanya kerana ingin harta dengan cara pintas sedangkan di sana terbentang luas nikmat Allah yang dapat kita perolehi dengan cara yang halal. Akhir-akhir ini,banyak terpapar di dada televisyen mahupun akhbar melaporkan penyelewengan kuasa di kalangan pemerintah negara hanya semata-mata ingin mengejar nikmat dunia untuk kegunaan dunia. Mengapa manusia suka memilih jalan singkat untuk mendapatkan sesuatu? Ada pepatah mengatakan biar lambat asal selamat,tapi mengapa kita tidak melestarikan pepatah tersebut (biar lambar asal halal) dalam kita mencari rezeki? Oleh itu,marilah kita sama-sama berusaha memansuhkan pencarian rezeki dengan cara yang tidak disyariatkan Islam supaya hidup kita dan keluarga kita mendapat kebahagian di dunia mahupun di akhirat. Ketahuilah,pencarian rezeki dengan cara yang haram hanya mengundang kebinasaan pada diri tidak kira di dunia ataupun di akhirat.