Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan kali ini

Salam kunjungan buat semua penziarah blog yang tak seberapa nie. Dah lme jgk tak masukkn entri bru nie,yelah..dk sibuk jaga ibnu akhi,ummi dia msih bljr lg so knelh lakukn pengorbanan..ksian jgk kdg2 2,kne tinggal. Ramadhan tahun nie agak berbeza dgn yang lepas2. Kalau sebelum nie tak ada budak kecil kt rumah bolehlah nak pergi solat terawih kt masjid,tapi dh ada yang kena jaga so labudda terpaksalah solat kt rumah..huhuhu..masjid k rumah k yang penting amalan sunat masih dilaksanakan,betul tak? Tapi yang syoknye solat di masjid boleh solat berjemaah disamping boleh mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat kampung. Erm,sekarang nie dah pertengahan bulan ramadhan,tak lme lagi dah nak raya..harap2 sempatlah kejar fadhilat di bulan yang mulia nie kn..

Sebelum pena nie menamatkan tariannya,nak kongsilah skit ilmu. Haa..sahabat2 mesti nak tahukan tahap tingkatan puasa kita..Imam Al-Ghazali membahagikan puasa kepada 3 tingkat :

1) PUASA UMUM :

Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan,minum dan menahan keinginan berjimak.

2) PUASA ISTIMEWA :

(Puasa Khusus) Puasa yang dapat memelihara mata,telinga,lidah,tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara2 di atas.

3) PUASA PALING ISTIMEWA :

(Puasa Khusus Al-Khusus) Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dengan puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali dan golongan ahli ibadah lain.

* Muhasabahlah diri kita adakah puasa kita berada di tingkat 1,2 atau 3..

No comments:

Post a Comment