Wednesday, September 21, 2011

Nampak Macam Remeh Tapi Tidak



Bismillahirrahmaanirrahim lafaz mulia ku hulurkan buat yang sudi menjejaki laman usang nie. Alhamdulillah kesyukuran dipersembahkan pada Ilahi atas 2 nikmat yang tak terhingga,iaitu nikmat iman dan Islam. Kesempatan yang telah diberikan haruslah digunakan sebaik mungkin,oleh itu saya teringin untuk sama2 berkongsi ilmu sekadar yang ada bersama teman2.

Masa kosong yang teramat-amat kosong hingga tak tahu nak buat membuatkan saya tergerak untuk mengikuti baba ke sebuah surau bagi menyampaikan kuliah maghrib semalam. Kalau ikutkan saya nie jenis yang takkan keluar rumah melainkan ke program-program yang kena sertai. Tapi entah kenapa, mood tiba-tiba jadi baik,alhamdulillah. Harap-harap Allah sentiasa pelihara diri ini. 

Sebenarnya tujuan penulisan saya kali ini,nak sampaikan apa yang telah saya dengar. Mungkin kalian tertanya-tanya apa maksud maudhu' di atas kan?Haa..nie nak bagitahu lah. Dalam Al-Quran Allah berfirman 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
Maka sekiranya kamu tidak mendapat sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "Baliklah", maka hendak kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin mana-mana rumah yang tidak didiami orang yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.


3 ayat di atas menekankan tentang adab-adab memberi salam ketika mendatangi rumah orang. Nampak macam perkara remeh tapi inilah ajaran langsung dari Allah. Mengapa Allah menyebut tentang adab ini? Kita imbas kembali sebab penurunan ayat ini. 

Rasulullah didatangi seorang wanita Ansar dan berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, aku tinggal di dalam rumahku dalam keadaan aku sendiri tidak ingin dilihat oleh orang lain, sesungguhnya sampai sekarang masih tetap ada seorang lelaki dari kalangan keluargaku yang masuk ke dalam rumahku, sedangkan aku dalam keadaan demikian itu, maka apakah yang harus aku lakukan?" Lalu turunlah ayat 27.

Ayat ini mensyariatkan kepada kita supaya memberi salam kepada tuan rumah sebelum memasuki rumah tersebut. Memberi salam bererti meminta izin dari tuan rumah. Yang dimaksudkan izin di sini ialah keizinan mata, iaitu meminta izin melihat di dalam rumah tersebut. Selain itu, adab ini adalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Boleh jadi ketika kita melawat teman kita atau saudara kita, mereka sedang berkeadaan yang tidak mengizinkan kita melihatnya. Oleh itu, memberi salam merupakan suatu tanda supaya tuan rumah perlu berwaspada. 

Dalam ayat ke28 pula, Allah memerintahkan kita supaya menghormati permintaan tuan rumah. Apabila dminta untuk pulang,maka hendaklah kita memenuhi permintaan tersebut. Kemungkinan masa tersebut tidak sesuai. Boleh jadi berlakunya pertengkaran ketika itu, atau tuan rumah tengah sibuk ingin melakukan tugas lain. Maka, sebagai pengunjung kita harus memahami keadaan-keadaan tersebut. Namun ramai di kalangan masyarakat sekarang tidak memahami adab ini sehingga menimbulkan fitnah seperti fitnah yang dilemparkan terhadap orang tertinggi kononnya mereka tidak dilayan dengan baik. Sedangkan tuan rumah mempunyai hal tersendiri yang perlu diuruskan. Namun akibat kejahilan agama,maka timbullah fitnah sedemikian. Kita harus memahami mengapa Allah mensyariatkan adab tersebut. Antara hikmahnya supaya apabila tuan rumah mempunyai urusan yang perlu segera diselesaikan dan kita selaku tetamu menghormati permintaan tuan rumah,urusan itu tidak akan tergendala hanya kerana kedegilan kita. Sememangnya Allah lebih mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Kemudian dalam ayat 29 Allah menyatakan lagi bahawa tidaklah salah untuk memasuki rumah yang tidak berpenghuni tanpa meminta izin kerana terdapat keperluan padanya. Rumah yang tidak berpenghuni di sini merujuk pada zaman dahulu, terdapat rumah yang disediakan (seperti rumah wakaf) yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang sedang bermusafir. Maka,dibolehkan memasuki rumah tersebut tanpa izin. 

Berkenaan dengan sunnah memberi salam sebanyak 3 kali,diceritakan ketika Nabi ke rumah Sa'ad bin Abi Ubadah,lalu Nabi memberi salam dan dijawab oleh Sa'ad dengan suara yang perlahan (supaya tidak didengari Nabi) sehingga Nabi memberi salam sebanyak 3 kali. Oleh kerana tiada jawapan yang diterima Nabi,lalu Nabi pun berundur pulang dan Sa'ad pun mengejar Nabi. Sa'ad menjelaskan kepada Nabi mengapa beliau berbuat demikian. Beliau mengatakan bahawa beliau ingin mengetahui sunnah dalam memberi salam. Kemudian Nabi pun bersama Sa'ad kembali ke rumah Sa'ad. Demikianlah sunnah Nabi dalam memberi salam ketika mengunjungi seseorang. Cukup sekadar 3 kali,kerana kebiasaannya 3 kali itu sudah dapat didengari tuan rumah.

Menyentuh bab adab ketika di rumah orang,selaku tetamu kita perlu menghormati tuan rumah. Antaranya,apabila diminta untuk duduk di suatu tempat maka kita perlu memenuhinya kerana boleh jadi tempat yang kita sedang duduki tidak sesuai dengan keadaan rumahnya yang memungkinkan kita dapat melihat keaiban dalam rumah tersebut. 

Subhanallah,sungguh indah ajaran Allah kepada kita hambaNya. Semuanya terkandung maksud yang tersembunyi. Semuanya disyariatkan supaya maruah kita terpelihara. Begitulah,nampak jer mudah tapi penegasan direct dari Allah tentang adab ini. Semoga kita dapat menghayati ajaran ini. 

ISLAM ITU SUNGGUH INDAH 

No comments:

Post a Comment