Saturday, November 20, 2010

Merendah dirilah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana diri nie masih dikurniakan 2 nikmat yang terbesar,iaitu nikmat iman dan Islam. Serta tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.

Sebenarnya, tak ada apa sangat nak dikongsikan just nak sampaikan sedikit pesanan. Teringat pulak pada kata2 baba hari tue bila saya bagitahu pasal natijah imtihan sem lepas. Suatu persoalan timbul di benak fikiranku sejurus saya mengetahui natijah tersebut sedangkan seingat saya sewaktu menduduki imtihan sem lepas tak banyak yang dapat dijawab berbanding sem sebelumnya tapi yang hairannya natijah sem tersebut lebih ok dari yang sebelumnya. Kalau diikutkan dalam fatrah imtihan tue,boleh kata sibuk jugak lah uruskan pengisian tamrin sampai kadang2 study last minit. Nak banding masa sem sebelumnya tak adalah cam2. Sampai2 saya cakap kat baba, "Sem dulu ingat tinggi,rupanya tak pun..tapi sem nie boleh tinggi pulak padahal tak boleh jawab mana pun"..then baba pun kata, "Orang yang ingat dia hebat sebenarnya menjadi sebaliknya tapi orang yang rasa rendah diri tue Allah angkat darjatnya".

Sebab tue,dalam Al-Quran pun menyebut bahawa Allah sayang hambaNya yang bersifat rendah diri. Haa, ada lagi peristiwa yang sama berlaku ketika imtihan syahadah dulu. Dalam kesibukan teman2 lain duk fokus pada study,saya serta beberapa rakan yang lain diminta handle 1 program. Nak tolak segan sebab penasihat yang mintak. Diorang pun dah maklum situasi genting kitorang. So,we have to accept it..suasana study ketika itu tak dapat difokuskan betul2 sambil diiringi linangan air mata kerana cemburu melihat teman2 yang dapat memfokuskan pada study. Walaupun begitu,saya cuba tanamkan dalam hati bahawa semua itu adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keyakinan kita padaNya. Dan alhamdulillah,akhirnya saya berjaya tempuh ujian tersebut dengan natijah yang cemerlang lah jugak dan program dapat dilaksanakan.

Persoalan yang sama jugak timbul di benak fikiran,kenapa natijah percubaan dulu saya tak cemerlang sedangkan tiada apa yang menghalangiku untuk betul2 fokus pada study? Tetapi,bila direnungi kembali ada hikmah disebalik yang Allah timpakan pada hambaNya. Dan disebabkan pengalaman ini juga lah saya bersetuju dengan 1 usul yang telah dikemukakan dalam Muktamar Tahunan MPMKUDQI baru2 nie yang mengusulkan tahun 3 (last year) dibenarkan bertanding dalam pilihanraya kampus seperti mana kampus2 lain.

Cuma,apa yang perlu kita ingat jangan terlalu ego dengan keadaan diri kita. Sesungguhnya orang yang sentiasa merendah diri itu mulia di sisi Allah.

Friday, November 19, 2010

Kek Koko

Erm,hari nie saya berpeluang membuat kek koko..alhamdulillah menjadi jugak,setelah sekian lama meninggalkan aktiviti memasak kek nie coz kakak ipar rajin sangat. Kebetulan dia tak ada(balik K.L),saya pun terpaksalah buat sendiri. Esok dah start kuliah,so teringin nak jamu kek koko dengan kawan2. That way,i have to do it.

Mudah jer resepi dia,sape2 nak cuba boleh lah...

Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu baking powder

Bahan B :
1 buku butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh emulco

Cara2nya :

Bahan A diayakkan semuanya dan ketepikan dulu.

Bahan B : Butter dan gula dipukul sekali hingga sebati, masukkan telur 1 persatu, kemudian esen vanilla dan emulco. Kacau hingga sebati.


Kemudian, masukkan bahan A ke dalam adunan bahan B dan gaul hingga adunan tersebut sebati. Dan kukuskan selama kira2 2 jam dengan api yang perlahan.
Selesai...

Sekadar perkongsian semata2, kalau tak menjadi jangan marah...hehehe

Monday, November 15, 2010

Ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?

Bismillahirrahmanirrahim..Menemui teman2 yg mudah2an sntiasa dlm rahmat Allah. Ntah kenapa hari nie tiba2 terdetik nak tinjau balik keadaan pena ku nie,memang dah lama ditinggalkan. Sungguh saya tidak berniat membiarkan pena ku nie kosong tanpa isi,tetapi kesempitan waktu dan kemudahan menjadikan pena ku ketinggalan. Tapi,alhamdulillah hari nie saya berpeluang menghias kembali pena ini. Sambil membuat research yg diberikan,saya menemui sebuah kisah yang menarik untuk tatapan teman2. Semoga kalian merenunginya....
                                                                                                             
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Friday, October 29, 2010

Antara Masa dan Tanggungjawab

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ada menyebut,

  "الوقت هو الحياة، والواجبات أكثر من اللأوقات"
      
      Maksudnya : Waktu itu adalah kehidupan, dan tanggungjawab itu lebih banyak dari waktu.
Sememangnya benarlah apa yang diungkapkan oleh pimpinan ikhwanul muslimin ini. Pada hakikatnya manusia tak dapat lari dari dipertanggungjawabkan. Namun,tanggungjawab tersebut Allah berikan mengikut kemampuan masing-masing. Jadi, tidak seharusnya kita menolak takdir yang ditetapkan kepada kita kerana Allah telah berfirman :

   "لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا"
      
       Maksudnya : Allah tidak akan memberikan tanggungjawab kepada seseorang melainkan dengan kemampuannya.
      Oleh itu, tanggungjawab yang diberikan seharusnya diterima dengan redha dan disertai kalimah istighfar kepada Allah. Terkadang, kelebihan yang ada dalam diri seseorang tidak dapat disedari kecuali setelah diberi peluang untuk membuktikannya. Maka, adalah sebaiknya seseorang itu cuba melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebelum mengatakan tidak mampu. Mungkin boleh jadi, suatu saat nanti bakat kepimpinan itu akan terserlah sedikit demi sedikit.

      Namun, satu perkara yang terkadang menjadi tabiat buruk dalam diri pimpinan yang terlibat dengan organisasi ialah dari sudut ketepatan waktu. Sepanjang penglibatan saya dalam berpersatuan,ketepatan waktu terlalu penting bagi kelancaran sesuatu perancangan. Pun begitu masih ramai pemimpin-pemimpin persatuan yang tidak menitik berat hal ini. Akibatnya,perancangan selalu terbabas dek kerana keterbatasan waktu untuk merancang. Lebih-lebih lagi di peringkat mahasiswa yang di bahunya tergalas 2 tanggungjawab yang besar iaitu sebagai pelajar dan juga sebagai pimpinan. Memang sukar untuk membahagikan antara 2 waktu,waktu untuk study dan waktu untuk berpersatuan. Jika tersilap langkah boleh memberi kesan terhadap pembelajaran. Akan tetapi, tidak semua seperti demikian. Kerana itu,penjagaan waktu teramat mustahak.

      Bagi saya,berpersatuan bukanlah faktor prestasi akademik merosot. Tetapi,kesalahan mengatur waktu yang menjadi permasalannya. Pengalaman saya dalam persatuan terutamanya dalam mengurus perihal waktu terlalu memedihkan hati. Pelbagai kerenah perlu dihadapi sebelum sesuatu mesyuarat mahupun program dilaksanakan. Alasan yang terkadang boleh menyebabkan hilang kesabaran serta mampu menitiskan air mata. Kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan ingin membalas kelewatan yang dilakukan oleh ahli yang lain sehingga menyebabkan kelewatan yang lebih parah. Hakikatnya,jika masing-masing bersabar dan berusaha membaiki kelewatan tersebut,maka dengan izin Allah perancangan yang diaturkan akan berjalan lancar.

      Sedar atau tidak bahawa masa yang diperuntukkan itu sebenarnya adalah suatu amanah yang harus ditunaikan dengan tepat. Bayangkan jika kelewatan yang kita lakukan tanpa uzur syar'ie dibalas dengan dosa. Tidakkah kita ini termasuk di kalangan orang-orang yang munafik kerana memungkiri janji? Kalau masing-masing terus memikirkan hak masing-masing dan bukannya sumbangan terhadap perjuangan Islam, sudah tentu Islam tidak akan mampu tertegak di bumi ini.

      Maka atas dasar untuk melihat Islam tertegak dengan cepat,semua ahli organisasi dan umat Islam amnya harus menitikberatkan penjagaan masa. Semuanya ini supaya pihak musuh gerun apabila melihat disiplin umat Islam sesuai dengan firman Allah :

وَالْعَصْرِ. إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ .

      Alangkah hebatnya umat Islam seandainya sentiasa berpegang dengan kalimah-kalimah Allah yang cukup sempurna ini. Sama-samalah kita hitung kembali diri ini samada kita tergolong di kalangan orang-orang yang beramal soleh,berpesan-pesan dengan kebenaran dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Sunday, May 2, 2010

Di Sebalik "Denyut Kasih Medik"

                  Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Rabbul Izzati yang mengurniakan kepadaku 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad dan keluarga Baginda serta para sahabat.

                  Seusai menamatkan pembacaan novel yang berjudul "Denyut Kasih Medik", terdetik di hati ini suatu perasaan yang luar biasa. Seolah-olah ia memberi nafas baru dan suntikan yang berkesan. Terasa diri ini ingin menjejaki kehidupan yang penuh ketaqwaan oleh Dr. Muslih (watak utama). Novel ini hasil karangan seorang doktor dan juga pendamping hidup kepada seorang novelis islami iaitu Ukhti Fatimah Syarha binti Nordin. Pengarang tersebut bernama Doktor Farhan Hadi. Baru diterbitkan sekitar bulan Februari 2010 oleh Telaga Biru Sdn Bhd.

               Novel ini mengisahkan seorang doktor pelatih (houseman), Dr. Muslih yang berhasrat menegakkan syariat Islam di mana jua beliau berada. Kerjayanya selaku doktor bukanlah senang dan memerlukan banyak kesabaran. Namun, beliau tetap bersabar melaksanakannya di samping beliau tidak melupakan amanahnya selaku khalifah di atas muka bumi ini. Tugas seorang doktor sememangnya mulia kerana dapat membantu sesiapa sahaja yang menghadapi kesakitan. Pelbagai kesukaran yang dihadapinya untuk melihat syiar Islam dapat diaplikasikan di dalam sebuah bangunan yang berfungsi sebagai pusat rawatan di mana merupakan tempat beliau bertugas.

           Baginya tugas amar ma'ruf nahi mungkar tidak boleh dipisahkan hanya kerana tugasnya. Alangkah bagusnya jika setiap doktor muslim di Malaysia ini mencontohi beliau. Para pesakit beliau sering diberi nasihat supaya tiang agama tidak ditinggalkan walau sakit sekalipun. Pun begitu, ramai di kalangan pesakit yang beragama Islam memberikan pelbagai alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab terhadap Penciptanya kerana kurang pemahaman agama.

               Beliau juga diuji dengan kerenah doktor-doktor pakar yang tidak mengambil berat perihal halal haram dalam perubatan. Atas kesedaran Dr. Muslih, beliau segera bertindak agar perkara tersebut tidak berlanjutan dibiarkan.

              Novel ini juga membicarakan Fiqh Perubatan, Fiqh Wanita dan Fiqh Cinta. Menariknya novel ini kerana terkandung di dalamnya info-info pengetahuan di samping penceritaan tentang kehidupan seorang doktor. Terdapat ilmu-ilmu dan dalil-dalil berkenaan masalah yang banyak berlaku di bidang perubatan yang boleh diperolehi, bukan sekadar cerita semata-mata. Berbeza dengan novel-novel yang lain.

             Salah satu permasalahan yang diketengahkan dalam novel ini ialah Fiqh Wanita. Menurut penceritaan yang disampaikan, ramai wanita Islam yang masih keliru berkaitan masalah haid,istihadhah dan nifas. Begitulah suasana masyarakat Islam di Malaysia ini. Suasana tersebut sememangnya terjadi di negara ini yang kononnya sebuah negara Islam.

             Selain itu, novel ini juga tidak ketinggalan membicarakan soal cinta. Isu yang hangat di kalangan para remaja kini. Alangkah indahnya, pernikahan jika dimulai dengan perkenalan yang diberkati seperti yang diceritakan dalam kisah ini. Pernikahan antara Dr. Muslih dan Qaniah yang hanya menggunakan orang tengah yang soleh kemudiannya berbekalkan ilham dari Ilahi hasil solat istikharah, Dr. Muslih terus yakin untuk menjadikan Qaniah sebagai permaisuri hati. Tanpa sebarang pertemuan mahupun perbualan mesra sepanjang tempoh pertunangan, akhirnya menghasilkan sebuah rumah tangga yang diberkati. Nikmatnya percintaan bersulamkan keimanan. Nikmatilah satu kisah indah yang cukup membina, Denyut kasih medik.

Friday, April 23, 2010

CINTA : Perang Iman dan Nafsu

               Perkataan cinta bukanlah sesuatu yang asing di kalangan kita kini, tidak kira samada tua mahupun muda sehinggalah kanak-kanak yang belum mumayyiz. Mengapa saya katakan demikian? Jawapannya sudah terpampang di depan mata kita semua. Namun definisi cinta sebenarnya terlalu luas. Menurut kamus dewan edisi ke4, terdapat 4 pengertian :

               1) Perasaan / berperasaan sangat sayang kepada negara,orang tua,kebebasan dll.
               2) Perasaan / berperasaan sangat berahi (asyik,kasih,sayang) antara lelaki dan perempuan.
               3) Menurut sastera lama, perasaan / berperasaan dukacita (risau,bimbang,sedih,dll).
               4) Perasaan / berperasaan ingin akan sesuatu,rindu.
             
              Pengertian cinta yang dimaksudkan di sini ialah pengertian cinta yang ke-2 di atas. Dalam membicarakan soal cinta, ramai orang yang menyalah tafsirkannya. Ada yang mengatakan cinta ini sekadar untuk bersuka ria antara lelaki dan perempuan dengan mengenepikan batas syariat Allah. Dek kerana itulah terjadinya gejala-gejala yang kurang sihat seperti zina,buang anak dan sebagainya. Fenomena yang terjadi ini berpunca daripada kurangnya didikan agama dalam diri mereka yang terlibat. Namun,perkara yang amat dikesali ialah bila mana golongan yang beragama juga turut sama terjebak dalam masalah ini.

             Sebenarnya cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah salah kerana ia merupakan fitrah semulajadi kejadian manusia yang mana lelaki dan perempuan saling memerlukan.
Firman Allah s.w.t :

يا أيها الناس اتقوا ربكم الذى خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منها رجالا كثيرا ونساء

واتقوا الله الذى تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا

“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya,
dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.
Bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta ,
dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasimu.” ( Surah An-Nisa’ ayat 1 )

Firman Allah s.w.t lagi :

ومن كل شيء خلقنا زوجين لعلكم تذكرون

“ Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati
kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami” ( Surah Al-Dhariyat ayat 49 )

                 Ayat ini jelas membuktikan bahawa dua jantina ini diciptakan bukan untuk bersendiri di atas muka bumi ini bahkan secara berpasang-pasangan samada manusia mahupun haiwan. Oleh itu,cinta adalah suatu wasilah bagi menyatukan hati antara kaum Adam dan kaum Hawa. Namun apa yang membezakannya ialah pengaplikasiannya dalam menterjemahkan erti cinta menurut Islam. Merujuk kepada Fiqh Munakahat, banyak dimanifestasikan cara-cara yang betul bagi menuju ke gerbang perkahwinan. Bermula dari sudut permulaan perkenalan hinggalah ke akhirnya. Amatlah malang bagi sesiapa yang tidak menurut perintah Allah kerana mengundang kemurkaanNya dan berani mengingkari laranganNya.

Cinta terbahagi kepada 2 :
          1) Cinta sebelum kahwin
          2) Cinta selepas kahwin

Pelbagai persoalan yang timbul mengenai cinta sebelum kahwin, adakah ia dihalalkan ataupun sebaliknya. Cinta sebelum kahwin boleh juga diklasifikasikan sebagai cinta monyet. Istilah tersebut bermaksud cinta yang sementara dan tidak serius. Perkara inilah yang ingin dibicarakan, samada pengaplikasiannya itu berpandukan iman ataupun nafsu. Walaupun sesetengah pasangan mengatakan perhubungan mereka berlandaskan iman, namun janganlah kita lupa bahawa musuh manusia sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan anak Adam. Nabi Adam sendiri tercampak ke muka bumi kerana termakan pujukan Hawa yang menggugat keimanannya. Apatah lagi kita selaku insan biasa yang tiada keistimewaan sedikit pun, teramatlah lemah dalam mengemudikan hati yang belum tentu status kesuciannya. Tambahan pula iman umat Islam di akhir zaman ini senipis kulit bawang. Bayangkanlah teman-teman, tebal mana sangatlah kulit bawang jika nak dibandingkan, tidak sampai 1 inci pun. Jadi, adakah kita mampu menjamin bahawa hati kita ini tidak akan tergugat dengan godaan-godaan yang cuba dilakukan oleh makhluk laknatullah.

             Dalam konteks masyarakat yang diseliputi dengan teknologi-teknologi canggih sebagai kemudahan bagi menjalinkan perhubungan, cinta sebelum kahwin dianggap sebagai 1 langkah perkenalan untuk menelusuri alam perkahwinan di kemudian harinya. Tanpa disedari, saluran yang digunakan itu tidak bertepatan dengan apa yang telah diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. Mungkin pada awalnya perhubungan itu didasari dengan niat sebagai kawan antara lelaki dan perempuan tetapi sedar atau tidak, niat tersebut boleh bertukar daripada seorang kawan kepada lebih dari seorang kawan. Kemudian tercetuslah bibit-bibit cinta yang merupakan salah satu agenda syaitan dalam melihat kebinasaan umat manusia.

            Cuba kita perhatikan anak-anak remaja kini, berapa ramai yang berjaya mengakhiri percintaan mereka hingga ke jinjang pelamin dan aman damai sehingga akhir hayat. Segelintir sahaja yang mampu sampai tahap tersebut. Selebihnya ramai yang kecundang di pertengahan jalan disebabkan cinta berdasarkan nafsu. Ada yang sanggup mengingkari perintah Pemilik hati manusia dengan berjalan sambil berpegang tangan, bercumbu-cumbuan dan sebagainya. Apa yang lebih dikesali, ada pasangan yang belajar ilmu agama dan bertudung turut terpedaya dengan hasutan syaitan walaupun perkara ini jelas disebut dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t :

ولا تقربوا الزنى إنه كان فاحشة وساء سبيلا

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu
perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”
( Surah Al-Isra’ ayat 32)

                 Menyebut tentang zina, sememangnya ia suatu perbuatan yang keji dan terkutuk di sisi Allah. Dan ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam ayat di atas. Bahkan si pelaku juga dilihat hina di mata masyarakat. Jika dilihat pada ayat yang dinyatakan di atas, mengapa Allah tidak mengatakan “janganlah kamu berzina”? Akan tetapi Allah menggunakan ayat janganlah kamu MENGHAMPIRI zina. Di sini menunjukkan bahawa seseorang itu ada pendorongnya yang menyebabkannya terjerumus ke kancah penzinaan. Zina tidak akan terjadi tanpa ada elemen yang menjurus ke arahnya. Perlu diketahui bahawa zina sebenarnya terdapat 2 kategori, iaitu zina zahiriah dan zina batiniah. Zina zahiriah ialah persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan perkahwinan dan ia disengajakan. Kategori ini dikenakan hukuman sebat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

“ Pezina perempuan dan pezina lelaki, deralah masing-masing dari keduanya
seratus kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah
kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada
Allah dan hari kemudian, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka
disaksikan oleh sebahagian orang-orang beriman.” ( Surah An-Nur ayat 2 )

             Manakala zina batiniah tiada hukuman duniawi yang dikenakan ke atas individu yang terlibat. Bagi lebih jelas lagi mengenai pengertian zina batiniah, saya akan cuba merungkaikan serba sedikit mengenainya.


ZINA BATINIAH

             Zina batiniah ialah zina hati,mata,telinga dan selainnya yang melibatkan pancaindera. Baiklah,sekarang saya akan memperincikan pengertiannya satu demi satu.

            1) Zina hati :
            Bererti suatu cetusan perasaan rindu antara berlainan jenis (non-muhrim) dengan penuh syahwat sehingga melebihi dan melupai Allah dan RasulNya. Ditambah lagi jika sekiranya hati berangan-angan dan membayangkan zina dengan seseorang.

            2) Zina mata :
           Melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara itu boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu : 1) Haram secara mutlak 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.

           Perkara yang haram dilihat secara mutlak sebagaimana yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka,
atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nur ayat 31 )

              Berpandukan ayat di atas, jelas menunjukkan seorang wanita haram memperlihatkan aurat mereka kepada non-muhrim, begitu juga seorang lelaki haram melihat aurat wanita.

              Manakala pandangan mata yang asalnya harus, tetapi berubah menjadi haram ialah apabila perkara yang harus dilihat umpama melihat seorang yang non-muhrim secara kebetulan. Namun hukum harus tersebut boleh bertukar menjadi haram apabila pandangan tersebut diulangi dan boleh merangsang nafsu berahi serta syahwat seseorang. Perkara ini banyak terjadi di kalangan anak-anak remaja kini . Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis ”

                 Kerana itulah Allah menegaskan kepada kita supaya memelihara mata agar terhindar daripada perkara-perkara yang mendekatkan diri ke arah kancah kemaksiatan.

                Di sini saya hanya datangkan 2 pengertian zina batiniah iaitu zina hati dan mata kerana kebiasaannya yang berlaku berlegar di sekitar 2 anggota ini. Walaupun di sana terdapat zina batiniah yang masih belum diperjelaskan namun saya merasakan sudah memadai dengan penjelasan terhadap 2 bahagian ini. Lazimnya orang akan berkata “dari mata jatuh ke hati”. Kata-kata inilah yang menjadi pendorong kepada masyarakat sekarang untuk tidak membatasi pandangan mata mereka. Maka dari itu, timbulnya perasaan ingin berkenal-kenalan dan dalam tempoh tersebut bermacam-macam adegan boleh berlaku samada baik mahupun buruk. Semuanya tertakluk kepada kekentalan iman seseorang.


CINTA TERLARANG


                  Adakah Islam melarang umatnya bercinta? Di manakah dalil yang membuktikan pengharamannya? Hakikatnya Islam tidak melarang umatnya bercinta dan tiada dalil yang mengharamkannya. Bahkan Nabi Muhammad pun bercinta dengan para isteri Baginda. Hukumnya adalah harus, tetapi ia boleh berubah menjadi haram dan terlarang bila mana ada kemudharatan yang menimpanya akibat bercinta. Kemudharatan yang dimaksudkan ialah terjerumus ke lembah kebinasaan. Punca kebinasaan seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini iaitu melalui zina batiniah ( perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada zina ) dan juga boleh mendatangkan fitnah.

                 Dalam situasi sekarang, ramai pasangan yang bercinta atau dalam istilah lain disebut bercouple berada dalam golongan yang bercinta namun terlarang. Mereka menjadikan perhubungan mereka sebagai satu lesen untuk melonggarkan perintah Allah. Memang ramai couple yang mengatakan pada awalnya “insyaAllah kami akan menjaga hubungan kami dan menjaga batas-batas yang telah disyariatkan Allah”. Namun ketika itu lidah mengatasi iman, maka perkara masa akan datang tidak difikirkan. Persoalannya kini, adakah kita mampu menangkis godaan syaitan sedangkan iman kita tidak seteguh Rabiatul Adawiyah, Nabi Yusuf dan selainnya? Saya merasakan kita semua tidak mampu berbuat demikian melainkan dengan meletakkan Allah di hadapan. Apabila Allah diberikan keutamaan melebihi makhluk yang lain, nescaya tidak akan berlaku cinta terlarang.

                Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk pengajaran daripada Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud :

Demikianlah supaya Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian".
Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba Kami yang terpilih”. ( Surah Yusuf ayat 24 )

Demikian juga penyakit rindu ada ubatnya iaitu :

      1) Ikhlas kepada Allah : Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon keampunan daripada Allah. Seandainya kita ikhlas kepada Allah, pasti Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara yang tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan : “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepadaNya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya”.

     2) Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah : Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang paling agung. Saat kita dalam kebuntuan atau dalam kesempitan, doa yang ditadahi memohon pertolongan Allah membuatkan diri terasa hampir denganNya. Kepada Allah sahajalah tempat segala permasalahan diluahkan dan tempat merayu yang paling tepat.

    3) Mengurus mata dan pandangan : Pandangan yang berulang kali adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang sepintas lalu jarang berasakan hatinya terusik dan jatuh. Ibnu Qayyim menyatakan : “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terajuk ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi dirinya sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya”.

     4) Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang dikagumi. Walhal pernikahan dengan orang yang tidak dicintai dan diidamkan namun sekiranya keputusan itu berdasarkan ilham dari solat istikharah lebih bahagia berbanding dengan pilihan berpandukan nafsu semata-mata.

           Cinta, jodoh dan perkahwinan fitrah kejadian manusia. Namun mengapa kita kita sanggup mencari risiko dengan mengundang kemurkaan Sang Pencinta semata-mata demi memuaskan hawa nafsu? Tidakkah ia boleh dijauhi dengan menjadikan iman perisai perlindungan? Ingat !!! Segala ketentuan terletak dalam pengetahuanNya, oleh itu biarlah segala urusan bertunjangkan petunjuk daripadaNya.

Monday, March 29, 2010

Nasyid : Antara Populariti dan Prinsip



Sejarah kemunculan nasyid di Malaysia


Irama nasyid sudah dikenali di Malaysia sejak munculnya kumpulan-kumpulan seperti Al-Jawaher, El-Suraya, Al-Mizan, Orkes Sinar Murni dan seumpamanya yang kebanyakannya terdiri dari kalangan wanita. Perkembangan itu juga selari dengan munculnya kumpulan-kumpulan nasyid yang bergerak secara ‘indie’ atau ‘underground’ yang dipelopori oleh Jemaah Al-Arqam dalam era tahun 80-an.


Akhirnya, kewujudan genre yang bermatlamat murni ini mula disedari masyarakat umum secara total apabila Raihan menjengah dunia komersial industri muzik tanahair dengan album pertama mereka Puji-pujian yang mendapat sambutan luar biasa sehingga tercatit di dalam Malaysia Books of Records sebagai album paling laris jualannya yang masih belum dapat dipecahkan oleh sesiapa pun artis di Malaysia hatta Mawi sekalipun. Unit jualan yang dicatatkan pada ketika itu adalah 600,000 unit dan tidak mustahil, sehingga kini sudah mencecah 1 juta unit.

Faktor Ikhlas sebagai X-Factor

Apabila kita mengkaji dan menilai, bertanya dan mempersoal, apakah ciri-ciri kejayaan jualan tersebut, banyak faktor yang kita boleh catitkan antaranya kelainan, pembaharuan, kontroversi, lagu yang menarik, melodi yang easy-listening dan banyak lagi. Namun hakikatnya, disebalik faktor-faktor fizikal tersebut, terdapat satu faktor besar yang kurang mendapat perhatian umum kerana sifatnya yang tidak nyata iaitu IKHLAS. Sifat Ikhlas diibaratkan seekor semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam dalam gua yang gelap dalam malam yang gelap pekat. Mengapa sifat ikhlas yang dibangkitkan sebagai salah satu faktor kejayaan Raihan sekiranya sifat itu diibaratkan sebagai satu yang sangat sukar dilihat? Di sini dihuraikan falsafahnya.



Kumpulan Raihan


Raihan adalah kumpulan nasyid pertama yang cuba keluar dengan album dalam dunia komersial tanpa ada sebarang rujukan tentang jualannya, sambutannya, konsepnya, adakah mereka akan diterima atau pelbagai persoalan lagi. Namun, mereka mengambil risiko ini untuk menjadi perintis kepada memperkenalkan irama ini kepada ruang lingkup yang lebih luas lagi. Adakah sewaktu mereka bergerak secara underground mereka tidak ikhlas? Bukan ini persoalannya, zaman underground sudah pasti mereka ikhlas dan tujuan utamanya adalah tetap berdakwah. Mungkin kalau kita kaji jualan album underground mereka pun jualannya tidak mustahil sudah mencecah jutaan unit semuanya. Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah dunia nasyid pasca komersial. Maka muncullah mereka dengan sebuah album yang menggunakan konsep perkusi semata-mata.

“By Allah’s Will”

Kalau kita kaji dengan logik akal, seperti mana yang penasyid-penasyid kini sering hujjahkan, jika kita ingin menarik kumpulan pendengar yang lebih luas, kita perlu mengikut arus muzik semasa, maka jelaslah teori itu langsung tidak dipraktikkan oleh Raihan pada ketika itu kerana muncul dengan muzik yang boleh dianggap outdated oleh kita sekarang. Kenapa dengan menggunakan teori yang salah, namun hasil kejayaan Raihan tercatit dalam sejarah? Sehingga dengan muzik outdated itu, mereka diperkatakan sehingga keluar Negara? Sehingga berita mengenai mereka muncul di dalam berita-berita televisyen dan akhbar luar Negara? Sehingga Prince Charles ingin menyaksikan persembahan mereka? Di sini bermulalah kupasan isu antara populariti dan prinsip. Dapatlah kita simpulkan di sini, sebagai Muslim dan Mukmin, kita tidak boleh berpegang dan yakin dengan teori logik akal semata-mata tanpa meletakkan kehendak Allah, keizinanannya dan Kuasanya yang menentukan natijah kerja dan usaha kita. Teringat penulis seorang pensyarah Biologi di Pusat Matrikulasi yang mewajibkan pelajar meletakkan ayat “by Allah’s will” dalam setiap jawapan teori-teori biologi yang dipelajari ketika itu. Di sinilah prinsip pertama kita sebagai penasyid yang membezakan kita dengan prinsip artis biasa yang selalunya diwajibkan oleh production house; wajah yang menarik, muzik dan lagu yang sedap, bakat yang ada walaupun sedikit.

Perbetulkan niat dan keyakinan pada kehendak Allah


Kembali kepada topik, hakikatnya album yang dikeluarkan Raihan pada ketika itu, jelaslah mendapat sambutan dengan sebab utamanya keizinan dan kekuasaan Allah yang menentukannya. Bertitik-tolak dari keikhlasan mereka, mereka menyerahkan segalanya pada Kekuasaan Allah, bukan pada teori dan logik akal dan nafsu. Hati-hati manusia di gerakkan oleh Allah, keinginan mereka membeli album ini, digerakkan oleh Allah, liputan media yang meluas ditentukan oleh Allah, Allah membuka hati ramai orang untuk melihat dan mendengar hasil kerja mereka ini. Hatta beberapa non-Muslim yang akhirnya memeluk Islam asbab mendengar lagu Raihan juga dibuka hati mereka oleh Allah. Sehinggakan non-muslim dari luar Negara yang tidak faham bahasa melayu, ada yang memeluk Islam mendengar lagu Raihan yang mereka tidak faham sepatah pun, juga kerana kekuasaan Allah yang membuka hati mereka.


Maka, kesimpulannya, sebelum seseorang penasyid, ingin keluar dengan album baru dan mengakui diri mereka sebagai pendakwah, menjadi kewajipan kepada mereka untuk berniat, sebagaimana kita memulakan sesuatu ibadah dengan niat, hendak solat kita berniat, hendak puasa kita berniat, hendak berdakwah melalui nasyid kita mulakan juga dengan niat; NIAT YANG IKHLAS untuk berdakwah kepada Allah. Namun hakikatnya tentu sukar untuk penasyid-penasyid menanam niat yang ikhlas hatta penulis sendiri sekalipun. Kenapa? Kerana kita semua sudah ada rujukan tentang kejayaan Raihan. Bukan mempertikaikan niat semua penasyid, tapi untuk kita berusaha memperbaharui niat kita. Sekurang-kurangnya, penasyid kedua, ketiga, keempat, kesepuluh, kelimapuluh dan seterusnya, pasti jika tidak banyak, sedikit terganggu niat mereka apabila melihat kejayaan Album Raihan dijual 600,000 unit dengan royalty mereka yang membolehkan mereka membeli rumah dan hidup selesa, dengan popularity mereka, yang disanjung dan muncul dalam media TV dan akhbar setiap masa, dengan sesetengah peminat yang tidak mengawal diri menyanjung dan memuja mereka. Pasti terdetik dalam hati, ingin kaya seperti mereka, ingin popular seperti mereka, ingin disanjung seperti mereka dan sebagainya. Namun inilah sebenarnya cabaran hebat bagi mereka yang ingin menjadi pendakwah dalam bidang ini. Hatta kepada Raihan sendiri, mungkin terganggu dengan faktor-faktor ini untuk album-album mereka yang seterusnya.


Penasyid harus memusatkan niat mereka untuk berdakwah melalui nasyid yang bakal mereka bawa. Penasyid harus meletakkan keyakinan mereka pada kehendak Allah dan bantuannya sehingga ke tahap sekiranya mereka meletakkan satu album yang tidak sedap lagunya, tidak hebat vokalnya, tidak up-to-date muziknya, tidak menarik wajahnya di pasaran, namun niat mereka Ikhlas kerana Allah, album itu mampu untuk meletup atas kehendak dan kekuasaan Allah yang hanya mengatakan “Kun fayakun”. Bukanlah tujuan penulis untuk menggalakkan hasil produksi yang tak berkualiti. Membuat kerja yang terbaik dan menghasilkan suatu yang terbaik adalah sangat digalakkan dalam Islam, Cuma ingin dihuraikan disini teori niat dan yakin pada kehendak Allah. Lebih cantik lagi sekiranya penasyid tersebut membuat satu album yang terbaik kualitinya dan beri’tikad dengan kualiti niat yang terbaik. Kita sebagai penasyid dan mungkin bakal penasyid, termasuk penulis sendiri, marilah kita renung jauh ke dalam diri kita sendiri, dalam 100% pecahan niat kita berapa peratuskah hakikatnya kita peruntukkan untuk menjadikan kerja kita ini sebagai dakwah. Sekiranya kita buatkan carta pai mungkinkah 10% untuk dakwah, 30% untuk duit, 40% kerana minat muzik, 20% kerana ingin popular dan disanjung. Atau banyak lagi pecahannya. Cuba kita renungkan secara telus dan amanah kepada diri kita sendiri, bagaimana pecahan peratusan kita? Atau mungkinkah 70% untuk popularity, atau 100% untuk wang, atau 100% kerana Allah, jika ada Alhamdulillah.

Renungkanlah sejenak untuk kebaikan diri kita sendiri, dan kebaikan genre nasyid tanahair yang kian suram dan tidak efektif dewasa ini.

Nasyid bukan dakwah?

Nasyid memang sebenar-benarnya salah satu cabang dakwah. Salahlah bagi mereka yang mengatakan nasyid hanya satu jenis hiburan alternatif, dan tidak boleh dikaitkan dengan dakwah. Jika bukan dakwah, apa yang kita nak katakan dengan peristiwa bukan Islam yang memeluk Islam mendengar lagu Nasyid? Kalau bukan Islam sehingga memeluk Islam kesannya, tentu lebih banyak lagi kesan dakwah nasyid yang dapat dirasakan oleh orang Islam sendiri. Cuma, sejak kebelakangan ini, nasyid seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada pendengar-pendengarnya sendiri apalagi untuk pendengar-pendengar asing dari dunia yang tidak mengenali nasyid.


Penulis sering mengaitkan dengan konsep dakwah mengikut zaman. Seperti contoh yang kita dapat lihat dalam sejarah, Nabi Daud di beri mukjizat oleh Allah melembutkan besi dalam zamannya yang popular dengan pertukangan besi, Nabi Musa diberikan mukjizat-mukjizat ibarat ahli sihir, untuk menewaskan ahli sihir firaun yang mana pada zamannya, sihir adalah satu kehebatan besar, Nabi kita Nabi Muhammad sendiri, diberikan Allah mukjizat Al-Quran yang indah bait-bait bahasanya di dalam zamannya yang mengagungkan syair-syair, yang mana keindahan Al-Quran itu tidak terjangkau hebatnya untuk ditiru dan dikalahkan oleh penyair-penyair arab pada ketika itu. Semua mukjizat-mukjizat ini dicipta Allah untuk nabi-nabi ini bagi menarik masyarakat mengikut minat dan budaya mereka, untuk ‘impress’ mereka dengan kehebatan mukjizat ini sesuai dengan zaman dan budaya masyarakat mereka. Maka apakah antara yang dipuja dan mendapat tempat utama dalam masyarakat kita dizaman ini? Sudah pasti HIBURAN. Justeru, satu peranan besar untuk penasyid-penasyid ini menjadikan hiburan yakni lagu sebagai alat atau wadah dakwah mereka, selain ulama-ulama melalui ceramah dan ilmu mereka, penulis-penulis melalui penulisan mereka, dan seumpamanya.

Kembali kepada niat, maka untuk menjadikan wadah ini benar-benar berkesan, maka niat kita semua harus disemak dan diperbaharui. Kerana iman manusia ini ‘yazid wa yanqus’ bertambah dan berkurang. Kita perlu ingat, apa yang kita lakukan dari hati pasti kan jatuh ke hati. Itulah sepatutnya yang berlaku kepada lagu-lagu nasyid yang menjadi wadah dakwah kita ini. Marilah kita sama-sama cuba pastikan nyanyian nasyid kita, benar-benar datang dari hati yang ikhlas untuk kita tempat kan pula di dalam hati pendengar lagu tersebut agar memberi kesan kepada mereka. Bermula dari niat kita, pembikinan album, rakaman lagu di studio, pemilihan lirik dan lagu, susunan muzik, sekecil-kecil perkara pun harus di ambil berat sekiranya boleh membantu memfokuskan niat kita, umpama berwudhu sebelum rakaman, solat hajat, menghadap kiblat, berdoa sebelum rakaman dan seumpamanya. Kerana pernah dalam Islam sekecil-kecil amalan bersugi pun mampu mempengaruhi natijah usaha kita, sekecil-kecil rengangan dalam saf pun, mampu menewaskan kita dalam peperangan besar, maka dalam usaha dakwah kita, sekecil-kecil amalan pun perlu kita titik beratkan agar natijah lagu kita tidak mampu menjadi asbab hidayah kepada pendengarnya.

Kini Kembali

   Segala puji yang tidak terhingga buat Sang Pencipta dan yang Maha Segala2nya bagi hambaNya yang kerdil ini. Tidak dilupakan juga buat kekasih Allah,junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah meninggalkan kita dengan ajarannya yang tidak terhingga.

   Setelah sekian lama halaman ini dibiarkan terkapai-kapai mencari pengisian oleh tuannya yang sentiasa tidak berpeluang mengisi kekosongan tersebut. Akhirnya,di saat ini tuannya kembali berbicara tanpa berwasilahkan lisan namun hanya jemari yang menari dengan penuh irama. Pastinya ramai pengunjung ke halaman ini tertanya2 apa yang dilakukan Pena hingga tidak sempat memenuhi kekosongan halaman ini. Baiklah,sebenarnya Pena bukan tidak ingin mengaktifkan halaman ini namun disebabkan kemudahan yang terbatas dan masa yang sentiasa kekurangan untuk melaksanakan kewajipan lain maka Pena lebih meng'aulakan tugasan lain yang tidak menggunakan IT sebagai medium dakwah.

   Sebenarnya Pena ingin menyebut sedikit berkenaan dengan pandangan mata dalam bermuamalat. Pernah suatu hari sahabat Pena ditegur seorang ikhwah yang berada 1 tanzim dengan Pena berkenaan pandangan mata ketika bermusyawarah. Dia mengatakan pada mulanya dia respect apabila first time dalam mesyuarat dia melihat seorang akhawat tidak pernah mengangkat pandangan matanya ke arah ikhwah,tetapi setelah lama kelamaan dia perhatikan rasa hormatnya kepada akhawat tersebut kian pudar kerana penjagaan matanya yang berkurangan.

  Cuba teman-teman bayangkan keadaan akhawat tersebut bila mana seorang ikhwah menegurnya tanpa usul periksa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya,malu bercampur sedih. Pada hemat Pena, tidak sepatutnya ikhwah itu menegurnya sedemikian rupa kerana dalam bab muamalat ada membincangkan hal ini. Allah perintahkan kita agar membatasi penglihatan mata sesama ajnabi sekiranya penglihatan itu tanpa sebarang tujuan ataupun dengan bersyahwat. Sebagaimana firman Allah yang berbunyi,

( قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن )


Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.

Sabda Rasulullah saw :

يا علي لا تتبع النظرة النظرة فانمالك الأواي وليست لك الآخرة

Maksudnya: Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (dosa ke atasmu).

   Tersebut dalam kitab al-Majmuk “Bahawa apabila seorang lelaki ingin melihat kepada perempuan yang ajnabiah tanpa sebab yang syar’ie, maka haram baginya yang demikian itu. Haram baginya melihat samada aurat perempuan itu ataupun selain auratnya… dan haram juga kepada perempuan melihat kepada lelaki yang ajnabi samada kepada auratnya atau selain auratnya tanpa sebarang sebab yang syar’ei… maksud dari penegahan ini keatas golongan lelaki adalah untuk mengelakkan mereka daripada godaan syaitan ( الافتتان) dan godaan ini juga berlaku ke atas golongan perempuan lantaran golongan perempuan itu terlebih segera menerima godaan kerana sifat syahwatnya yang terlebih kuat, maka haram keatasnya penglihatan itu[R1] ”.

   Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkannya kepada setiap lelaki dan perempuan yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

   Yang difahami dari ayat ini,pandangan mata yang ditegah ialah bila mana pandangan tersebut boleh membawa kepada penzinaan. Namun,dalam konteks bermusyawarah Islam mengharuskan melihat nonmuhrim berdasarkan keperluan tertentu. Pena tidaklah ingin menyalahkan ikhwah tersebut tetapi sebagai yang mempelajari ilmu agama secara mendalam seharusnya dia menggunakan uslub terbaik bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Ada betulnya juga apa yang ditegur ikhwah tersebut. Mungkin jika sekiranya akhawat itu tidak ditegur,alamatnya belum tentu dia akan tersedar dari kelalaiannya.  

  Di sini sukalah Pena untuk membuka perbincangan dengan sahabat-sahabat berkenaan dengan permasalahan ini. Sebenarnya Pena tidaklah arif berhubung masalah ini hanya sekadar pengetahuan secara am sahaja la khususiah. Akhirnya,kemaafan dipinta andai tersalah memberi maklumat atau apa-apa sahaja kesalahan.

Wednesday, February 24, 2010

AKU TANPA CINTAMU

AKU TANPA CINTAMU Lirik lagu nasyid, juga lagu layar keinsafan mungkin amat sesuai menggambarkan rasa keinsafan di hati Zayanah sekarang. Zayanah sering meratapi kekhilafannya dan merenung masa depannya yang gelap hasil perbuatannya sendiri.Tanpa diduga gadis yang selama ini amat menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, prinsipnya yang dipegang teguh selama hidup di bumi Allah, hancur begitu sahaja kerana amat rapuhnya iman seorang perempuan yang bergelar remaja.

Tawaran untuk ke sebuah universiti awam di tanah air sedikit melegakan hatinya yang luluh kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Zayanah tetap teguhkan hatinya untuk terlibat dalam bidang kejuruteraan. Dalam bidang kejuruteraan, sudah semestinya kaum adam lebih mempelopori bidang ini. Hati Zayanah sedikit cemas dan tidak selesa dengan keadaan barunya kini, kerana dia terpaksa bercampur dengan kaum adam untuk mencari ilmu. Namun dia percaya, selagi niat untuk mencari ilmu Allah dipegang, Allah akan melindunginya. Memang Zayanah mengakui, dia amat mudah tertarik dengan lelaki yang berpewatakan alim. Walaupun selama ini, Zayanah tidak pernah bergaul dengan lelaki, malah tidak pernah bercakap dengan lelaki, kerana dia memang dikenali dengan sifat pemalunya dan amat pasif semasa di alam persekolahan lagi, membuatkan ramai yang tidak berani untuk mendekatinya. Tetapi jauh di sudut hati seorang perempuan, dia inginkan kasih sayang seorang lelaki kerana dari kecil dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah malahan adik beradik lelaki kerana Allah lebih menyayangi abinya dan tiga orang abangya , yang meninggal akibat terlibat dalam sebuah kemalangan semasa Zayanah masih dalam kandungan umminya.

Perkenalannya dengan seorang senior lelaki atas dasar ingin menolong dalam pelajaran memusnahkan segalanya. Sidqi merupakan pelajar tahun akhir di universiti tersebut , berperwatakan amat alim dan banyak memberi nasihat kepada Zayanah, sedikit sebanyak telah menambat hati seorang mar’atus. Namun ketahuilah jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Iblis akan memerangkap anak cucu Nabi Adam as. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita amat lemah menghadapi tipu daya Iblis, lebih-lebih lagi pada zaman remaja. Memang pada awalnya tidak bersua muka, hanya bertanya khabar melalui internet, kemudahan teknologi kini  banyak disalahgunakan pelajar sekarang, contohnya seperti Skype, YM, Gtalk dan sebagainya,

Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya? Inilah yang terjadi kepada kedua-dua mereka. Dimulakan dengan senyuman pertama semasa pertemuan pertama mereka di perpustakaan, telah menyulam kuntuman cinta dalam hati kedua-dua mereka. Perwatakan sopan dan lembut Zayanah telah menambat hati Sidqi. Hampir dua bulan perkenalan mereka, Sidqi telah memberanikan dirinya menyatakan hasrat cinta kepada Zayanah, mudah sekali syaitan telah meruntuhkan keimanan dihatinya, Zayanah pula yang sudah lama menantikan putera agamanya itu, dengan mudahnya menerima hasrat hati Sidqi. Maka bergembiralah syaitan kerana telah dapat meruntuhkan iman mereka. kononnya dengan harapan dapat menyemai cinta Islamik. Mereka telah berjanji untuk saling mengingatkan dan menjaga batas perhubungan mereka. Zayanah telah berkali-kali mengingatkan Sidqi untuk mengikat tali pertunangan jika benar-benar ikhlas terhadap dirinya, namun Sidqi memberi alasan untuk menghabiskan semester akhirnya dahulu barulah dia akan meminang Zayanah. Zayanah yakin dengan kata-kata Sidqi. Perhubungan mereka berjalan lancar sepanjang semester dan dengan bantuan Sidqi, Zayanah telah dapat sedikit minat untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan yang amat tidak disukainya dulu. Dengan bantuan Allah, mereka telah dapat menjawab soalan peperiksaan untuk semester itu dengan cemerlang.

Syaitan amat bijak dan pelbagai cara digunakan untuk meruntuhkan niat suci mereka, bercinta untuk mencari keredhaan Allah. Maka, terjadilah satu detik hitam dalam hidup kedua mereka, kerana mereka berasal dari negeri yang sama, Sidqi telah mengajak Zayanah untuk balik cuti semester ke kampung dengan menaiki keretanya. Pada mulanya Zayanah menolak pelawaan Sidqi, tapi apabila Sidqi memberi alasan hanya untuk teman berbual dan menghilangkan rasa mengantuk semasa memandu kereta, Zayanah menerima pelawaan buah hatinya itu, sayanglah katakan. Bila berdua-duaan, maka muncullah yang ketiganya, iaitu syaitan laknatullah, memujuk nafsu mereka. Maka terperangkaplah dua insan yang berkasih-sayang. Zayanah dan Sidqi telah hanyut ditelan nafsu . Sejak kejadian itu, Sidqi yang telah tamat pengajiannya di universiti itu telah menjauhkan diri daripada Zayanah dan meninggalkan Zayanah tanpa khabar berita, dengan alasan menyesal dan ingin bertaubat.
Bermula semester baru, Zayanah yang pada masa itu baru sahaja tahun dua pengajiannya, terpaksa menangguhkan pengajiannya selama setahun kerana mengandung hasil daripada perhubungan kotor mereka. Namun sesalan tidak berguna lagi, keluarganya tidak dapat menerimanya lagi dan tinggallah Zayanah terkapai-kapai dalam penyesalan seorang diri. Dengan jasa baik sahabat karibnya, Amilah, Zayanah menumpang di rumahnya sehingga dia melahirkan seorang cahaya mata lelaki. Zayanah sentiasa tertanya-tanya, masih adakah insan yang dapat menerima dirinya yang sudah tidak suci. Kerana dia tahu, penzina hanya untuk penzina, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya. Kini Zayanah berada dalam tahun akhir pengajiannya di universiti tersebut, memang perit untuk Zayanah kerana dalam masa yang sama, dia terpaksa bekerja untuk menyara anak lelakinya, satu-satunya buah hatinya kini. Penyesalan tidak berguna lagi. Begitulah kita jika tanpa cinta kepada Allah, jika hanya mengharapkan cinta insani, mudah hanyut dan termakan pujuk rayu syaitan. Nau’zubillah..

PENGAJARANNYA(TAZKIRAH SEORANG SAHABAT) Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA
, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…