Friday, November 18, 2011

Hanya Kerana MU

Hidup yang hanya sementara ini memerlukan kita untuk terus mengejar apa yang sepatutnya dikejar,iaitu keredhaaan Ilahi. Tiba-tiba teringat peristiwa yang dah beberapa bulan berlalu sewaktu diminta para sahabat untuk membantu mencari dana persatuan. 


Keadaan yang mendesak membuatkan exco persatuan perlu bertungkus lumus mencari peruntukan bagi menjana aktiviti persatuan. Keputusan untuk membuka gerai dalam satu perhimpunan dibuat dengan sepakat pihak muslimat semata-mata. Bukan membelakangkan muslimin,tapi untuk memudahkan urusan.


Selesai sesi kuliah,kami menuju ke destinasi untuk mencari keperluan jualan. Sehari suntuk jugak duk kat luar kolej untuk menyiapkan keperluan jualan. Habis settle segala2nya kami bergerak ke tapak jualan yang dah ditempah.


Sampai jer kat sana,carilah orang yang handle bahagian tapak jualan dengan semangat berkobar2. Tapi,hanya kekecewaan dapat kami rasai,huhu..sedih jugak masa tue,namun istilah putus asa tidak timbul bagi kami,alhamdulillah kerana masih memberi kami kekuatan. 


Disebabkan belum solat lagi,kami ambil keputusan solat dulu,manalah tahu kot2 seusai solat ada berita gembira menanti. Sudah jer solat kat masjid,ada mak cik datang kat kami minta tolong kemas semua kain telekung kat situ. Dahlah banyak jugak,masa makin suntuk nak kejar pulang ke asrama pulak. 


Masing-masing pasrah menyambut permintaan mak cik tue,walau bagaimana pun kami tetap lakukannya. Salah seorang dari kami cuba menyenangkan perasaan masing-masing dengan mengingatkan supaya ikhlaskan niat,manalah tahu ada hikmah di sebalik pertolongan tue. Hati yang pasrah tadi cuba dipujuk supaya ikhlas kerana Allah,lagipun besar ganjarannya tolong mengemas rumah Allah.


Langkah diteruskan dengan seribu harapan. Dihayunkan kaki menuju ke tapak jualan kembali, harapan untuk diberi peluang membuka gerai masih menggunung. Syukur Ya Allah,mungkin berkat pertolongan tadi kami masih berpeluang meneruskan hasrat kami. Syukur sangat2,alhamdulillah.


Walaupun dengan pertolongan yang kecil sahaja,namun jika disertakan keikhlasan HANYA KERANA ALLAH,i'Allah banyak hikmahnya..


Hanya Kerana MU Ya Allah 


Wednesday, September 21, 2011

Nampak Macam Remeh Tapi Tidak



Bismillahirrahmaanirrahim lafaz mulia ku hulurkan buat yang sudi menjejaki laman usang nie. Alhamdulillah kesyukuran dipersembahkan pada Ilahi atas 2 nikmat yang tak terhingga,iaitu nikmat iman dan Islam. Kesempatan yang telah diberikan haruslah digunakan sebaik mungkin,oleh itu saya teringin untuk sama2 berkongsi ilmu sekadar yang ada bersama teman2.

Masa kosong yang teramat-amat kosong hingga tak tahu nak buat membuatkan saya tergerak untuk mengikuti baba ke sebuah surau bagi menyampaikan kuliah maghrib semalam. Kalau ikutkan saya nie jenis yang takkan keluar rumah melainkan ke program-program yang kena sertai. Tapi entah kenapa, mood tiba-tiba jadi baik,alhamdulillah. Harap-harap Allah sentiasa pelihara diri ini. 

Sebenarnya tujuan penulisan saya kali ini,nak sampaikan apa yang telah saya dengar. Mungkin kalian tertanya-tanya apa maksud maudhu' di atas kan?Haa..nie nak bagitahu lah. Dalam Al-Quran Allah berfirman 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya, yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
Maka sekiranya kamu tidak mendapat sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "Baliklah", maka hendak kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin mana-mana rumah yang tidak didiami orang yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.


3 ayat di atas menekankan tentang adab-adab memberi salam ketika mendatangi rumah orang. Nampak macam perkara remeh tapi inilah ajaran langsung dari Allah. Mengapa Allah menyebut tentang adab ini? Kita imbas kembali sebab penurunan ayat ini. 

Rasulullah didatangi seorang wanita Ansar dan berkata kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, aku tinggal di dalam rumahku dalam keadaan aku sendiri tidak ingin dilihat oleh orang lain, sesungguhnya sampai sekarang masih tetap ada seorang lelaki dari kalangan keluargaku yang masuk ke dalam rumahku, sedangkan aku dalam keadaan demikian itu, maka apakah yang harus aku lakukan?" Lalu turunlah ayat 27.

Ayat ini mensyariatkan kepada kita supaya memberi salam kepada tuan rumah sebelum memasuki rumah tersebut. Memberi salam bererti meminta izin dari tuan rumah. Yang dimaksudkan izin di sini ialah keizinan mata, iaitu meminta izin melihat di dalam rumah tersebut. Selain itu, adab ini adalah untuk menjaga keharmonian rumah tangga. Boleh jadi ketika kita melawat teman kita atau saudara kita, mereka sedang berkeadaan yang tidak mengizinkan kita melihatnya. Oleh itu, memberi salam merupakan suatu tanda supaya tuan rumah perlu berwaspada. 

Dalam ayat ke28 pula, Allah memerintahkan kita supaya menghormati permintaan tuan rumah. Apabila dminta untuk pulang,maka hendaklah kita memenuhi permintaan tersebut. Kemungkinan masa tersebut tidak sesuai. Boleh jadi berlakunya pertengkaran ketika itu, atau tuan rumah tengah sibuk ingin melakukan tugas lain. Maka, sebagai pengunjung kita harus memahami keadaan-keadaan tersebut. Namun ramai di kalangan masyarakat sekarang tidak memahami adab ini sehingga menimbulkan fitnah seperti fitnah yang dilemparkan terhadap orang tertinggi kononnya mereka tidak dilayan dengan baik. Sedangkan tuan rumah mempunyai hal tersendiri yang perlu diuruskan. Namun akibat kejahilan agama,maka timbullah fitnah sedemikian. Kita harus memahami mengapa Allah mensyariatkan adab tersebut. Antara hikmahnya supaya apabila tuan rumah mempunyai urusan yang perlu segera diselesaikan dan kita selaku tetamu menghormati permintaan tuan rumah,urusan itu tidak akan tergendala hanya kerana kedegilan kita. Sememangnya Allah lebih mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Kemudian dalam ayat 29 Allah menyatakan lagi bahawa tidaklah salah untuk memasuki rumah yang tidak berpenghuni tanpa meminta izin kerana terdapat keperluan padanya. Rumah yang tidak berpenghuni di sini merujuk pada zaman dahulu, terdapat rumah yang disediakan (seperti rumah wakaf) yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang sedang bermusafir. Maka,dibolehkan memasuki rumah tersebut tanpa izin. 

Berkenaan dengan sunnah memberi salam sebanyak 3 kali,diceritakan ketika Nabi ke rumah Sa'ad bin Abi Ubadah,lalu Nabi memberi salam dan dijawab oleh Sa'ad dengan suara yang perlahan (supaya tidak didengari Nabi) sehingga Nabi memberi salam sebanyak 3 kali. Oleh kerana tiada jawapan yang diterima Nabi,lalu Nabi pun berundur pulang dan Sa'ad pun mengejar Nabi. Sa'ad menjelaskan kepada Nabi mengapa beliau berbuat demikian. Beliau mengatakan bahawa beliau ingin mengetahui sunnah dalam memberi salam. Kemudian Nabi pun bersama Sa'ad kembali ke rumah Sa'ad. Demikianlah sunnah Nabi dalam memberi salam ketika mengunjungi seseorang. Cukup sekadar 3 kali,kerana kebiasaannya 3 kali itu sudah dapat didengari tuan rumah.

Menyentuh bab adab ketika di rumah orang,selaku tetamu kita perlu menghormati tuan rumah. Antaranya,apabila diminta untuk duduk di suatu tempat maka kita perlu memenuhinya kerana boleh jadi tempat yang kita sedang duduki tidak sesuai dengan keadaan rumahnya yang memungkinkan kita dapat melihat keaiban dalam rumah tersebut. 

Subhanallah,sungguh indah ajaran Allah kepada kita hambaNya. Semuanya terkandung maksud yang tersembunyi. Semuanya disyariatkan supaya maruah kita terpelihara. Begitulah,nampak jer mudah tapi penegasan direct dari Allah tentang adab ini. Semoga kita dapat menghayati ajaran ini. 

ISLAM ITU SUNGGUH INDAH 

Monday, September 19, 2011

Amanah Makin Bertambah

Alhamdulillah,tanggal 17 September 2011 saya telah bergelar graduan diploma usuluddin. Segala puji milik Allah yang telah mengurniakan saya kedudukan sebegini. Ingin saya ucapkan banyak2 terima kasih kepada mereka-mereka yang telah banyak membantu saya dalam melayari kehidupan sebagai seorang pelajar.





Permulaan pengajian di peringkat diploma sememangnya menghambarkan kerana apa yang dicita2kan tidak kesampaian, namun Allah Maha Mengetahui serta Maha Bijaksana. Segala2nya telah ditakdirkan buatku untuk menjadi penuntut ilmu di sebuah pusat pengajian swasta yang kurang dikenali. Mengingatkan tujuan asalku untuk menimba ilmu, saya redhakan segalanya dan bertekad mengikhlaskan diri menuntut ilmu kerana Allah. Walaupun demikian, sesekali terlintas perasaan tidak ikhlas dek kerana mendengar bisikan syaitan.

3 tahun berlalu, kini alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian di KUDQI. Sekali lagi alhamdulillah kerana Allah memakbulkan doaku untuk cemerlang dalam imtihan. Saat menghampiri detik menerima sijil, hatiku mula bermonolog, "apakah layak untukku menerima anugerah ini?? Ya Allah, sesungguhnya aku merasakan amanah buatku makin bertambah".

Amanah,amanah dan amanah...perkataan itu berlegar dalam fikiranku kerana saya tidak mahu menjadi manusia yang belajar dan cemerlang dalam imtihan namun amali dan penghayatannya kurang. Sudah semestinya yang dinobatkan cemerlang mampu memberikan khidmat atau menjadi rujukan masyarakat sekeliling. Tetapi apakah diri ini sudah bersedia berhadapan dengan pelbagai persoalan masyarakat??Ooh tidak!!!!..Dhaifnya diri ini,kadang2 terasa kerdil sangat bila ada orang tanya persoalan yang mudah namun tidak mampu dijawab. Diri ini seolah2 belajar untuk lulus imtihan. Bantulah diri ini.........


Wednesday, September 14, 2011

Apalah Ertinya??

Salam pembuka bicara,menghiasi medan dakwat yang telah sekian lama menyepi. Mood menulis kini semakin pudar,ntah kenapa..idea sentiasa membisik dalam fikiran,namun meluahkannya tidak sekali..agaknya dek kerana tangan ini malas lagi nak masuk kelas menari kot,huhu..Ape2 pun,kali ini tangan ini terasa aktif untuk memulakan tariannya di medan keyboard.


Dalam tempoh 2 hari lagi saya bakal dianugerahi diploma dalam bidang Usuluddin. Gembira merupakan suatu perasaan yang biasanya terluah di kala itu,namun disebalik perasaan gembira tercalit perasaan sedih. Nak tahu kenapa? Saya tak pasti bagaimana perasaan sahabat2 yang lain,cuma bagi diri ini penerimaan anugerah diploma itu hanya kertas kosong. Mengapa? Kerana ilmu yang dipelajari selama tempoh diploma belum cukup tercerna untuk saya menggenggam segulung sijil. Apalah ertinya???

Sebagai penggerak Islam,apakah keberadaan diri ini dalam perjuangan Islam mampu menyumbangkan khidmat idea?Mampukah diri ini?Ini belum lagi diuji dengan ujian berkeluarga..Teringat pulak kata2 pensyarah kegemaranku, "masa nie (sebelum berkeluarga) tak nampak lagi diri kamu yang sebenar, bila dah kahwin nanti baru tahu ujian sebenar". Memikirkan kata2 ustaz tersebut membuatkan saya merasa diri ini perlukan lebih pengisian. Tapi,fikir dan hadirkan perasaan sahaja tak mencukupi,harus disertakan tindakan. Nak lahirkan tindakan itulah yang sukar untuk saya lakukan. Merancang memang senang, nak buat tindakan tue yang susah. Dalam merancang pun tak semua berjaya, firman Allah :

ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين

Maksudnya : "Kamu merancang dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang".

Pangkat diploma, ijazah, Master, PhD bukanlah penentu kedudukan seseorang,yang penting ialah ketaqwaan kepada Allah..firman Allah : "Semulia-mulia manusia adalah orang yang bertaqwa kepada Allah".

Kemuliaan Al-Quran


Di saat manusia dibelenggu kejahilan
Menikmati keseronokan dunia dengan rakus
Manusia terumbang-ambing tanpa pedoman
Kehadirannya mengundang sejuta tanggapan

                            Tohmahan demi tohmahan dilemparkan padanya
                            Namun kesuciannya melenyapkan segala kehinaan
                            Tiada siapa yang mampu menyelewengkannya
                            Tiada siapa yang berkuasa menghilangkannya
                            dari muka bumi ini.........

Kalamullah...
Keagunganmu sungguh tidak tertara
Peliharaan Allah sentiasa beriringan denganmu
Itulah janjiNya sebagai suatu mukjizat
Menjadi penyuluh hidup orang-orang mukmin

                           Bait-baitmu tersergam indah memukau
                           Menambat jiwa nan kekosongan
                           Dalam meniti hakikat kehidupan penghambaan
                           Kebenarannya pasti terserlah
                           Itulah dia......
                           kemuliaan Al-Quran

Thursday, February 24, 2011

Fenomena pemakaian muslimah

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Ilahi kerana di saat ini masih dikurniakan kesempatan untuk saya berbicara di sini. Saya hanya ingin meluahkan beberapa perkara sahaja di sini. Menyebut mengenai pemakaian muslimah kini memang dah amat jauh terpesong dari maksud pemakaian yang diajar Islam itu sendiri. Bahkan kalau kita lihat bagaimana media massa di Malaysia sendiri yang kononnya mengisytiharkan sebuah negara Islam masih tidak mampu mempamerkan cara pemakaian yang mengikut syara'. Adakah sepatutnya seorang yang tidak memahami Islam diminta mengupas tentang pemakaian muslimah dan diminta mereka pakaian yang kononnya digelar busana muslimah? Sungguh tidak patut kan? Tetapi itulah yang banyak berlaku sekarang tidak kira di saluran televisyen mana sekalipun.

Tetapi mengapa yerk,setiap kali ingin menunaikan solat pasti bertutup litup? Tidakkah mereka-mereka yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna tidak berfikir semua ini? Asal nak solat sahaja pasti mencari-cari telekung. Adakah telekung itu suatu kemestian untuk kita tunaikan solat? Adakah ia termasuk dalam syarat sah solat? Pasti jawapannya tidak bukan? Tetapi kenapa kita tidak berfikir suatu cara yang Islam telah ajarkan supaya ibadat yang akan kita lakukan itu menjadi senang? Iaitu menutup aurat dengan sempurna.

Saya teringin menyentuh permasalahan ini kerana setiap kali saya singgah ke tempat-tempat public dan ingin menunaikan solat, pasti akan bertemu dengan mereka-mereka yang kurang menutup aurat. Terkadang hairan melihat orang-orang seperti mereka rupanya bersolat juga. Mana tidak hairannya,dengan pusat terkeluar,rambut berwarna dan sebagainya mari menghadap Tuhan. Tidakkah mereka merasa malu dengan perbuatan mereka? Melihat pemakaian mereka yang membuat mereka perlu bersusah payah untuk menunaikan solat, saya merasa bangga dengan pemakaian saya. Ini kerana, pemakaian yang diajar Islam sebenarnya sudah memadai untuk menunaikan solat,tanpa perlu bersusah payah memilih telekung yang sesuai (yang disediakan di mana-mana surau) atau membawa telekung sendiri. Sungguh mudah kan Islam ajar kita?

Sebenarnya telekung ini kebiasaannya orang Asia sahaja yang pakai. Jika kita perhatikan di negara-negara tanah arab atau Eropah,mereka tidak menggunakan telekung untuk solat cukup dengan pakaian yang mereka pakai. Sebab itulah, saya lebih gemar bersolat tanpa menggunakan telekung ketika bermusafir atau berjalan ke mana-mana. Dengan berbuat demikian, saya berharap mereka-mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna berfikir sejenak tentang "Ad-diinu yusrun". Dan supaya mereka berfikir bahawa Allah itu bukannya melihat kita ketika solat sahaja tetapi bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Apabila kita berfikir demikian barulah tidak berlaku istilah "tutup aurat masa solat jer,habis solat terputuslah hubungan dengan Allah".

Sebelum terlupa,ada satu lagi fenomena pemakaian yang bercanggah dengan konsep menutup aurat iaitu memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan. Sebenarnya dalam hal ini,istilah menutup aurat tidak patut digunakan tetapi apa yang lebih tepat lagi ialah membungkus aurat. Mengapa saya katakan demikian? Perkataan menutup ialah kita melindungi apa yang terkandung di sebaliknya. Berbeza dengan membungkus yang membawa maksud kita melindungi rupa sesuatu dan menzahirkan bentuknya. Adakah pakaian tersebut boleh dijadikan pakaian luaran untuk kita bersolat? Mengapa ketika solat,pakaian kita berbeza dengan ketika luar solat? Adakah berbeza perintah menutup aurat ketika solat dan ketika tidak bersolat? Marilah sama-sama kita merenung kembali ayat yang diperintahkan supaya kita menutup aurat dalam Surah An-Nur ayat 31. Janganlah kita beranggapan Islam yang kita anuti ini memadai dengan mengucap dua kalimah shahadah tanpa kita menghiraukan perintah Allah s.w.t dan mengamalkannya. Sesungguhnya Islam itu indah apabila dihayati dan diamali.